Monday, October 4, 2010


Aku masih merindui sebuah kejayaan dari mana lahirnya sebuah kejayaan itu..masih mencari siapa empunya kejayaan itu. kata manis untuk mengejar sebuah mimpi, hanya tangisi mengiringi sbuah kedukaan. Apakah kejayaan itu telah jauh meningali aku. masih terkejar jatuh tak terbangun, tersadung ditepis mimpi-mimpi semalam. doakan ku untuk sebuah kejayaan masih berlegar, harapan sebuah kejayaan masih tercari sinarnya. apakah kejayaan itu seindah pelangi sebaris langit atau sekadar tempias dipersisir pantai. antara angan dan jua kesabaran itulah pengungkap sebuah kejayaan. fikiran masih terburu untuk sebuah kejayaan mengharap datangnya angin membawa sayu pada sang pencipta. ingin jadikan mimpi semalam satu realiti ingin jadikan sinaran itu penghias jiwa..
coretan hati kembali menghiasi ruang yang kosong antara cinta dan sebuah kejayaan. kini aku masih dahagakan sebuah kejayaan, yang tulus datangnya dari hati sebuah insan. tidak terungkai dengan kata untuk dimadahkan hanya hati sebagai peneman sebuah kejayaan.

3 comments:

  1. mahukan kejayaan untuk membalas jasa kedua ibu bapa ku....dan yg penting tuk masa depan

    ReplyDelete
  2. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

    ReplyDelete
  3. Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.

    ReplyDelete